Tuesday, January 10, 2012

HOSPITAL

HOSPITAL SUNGAI BULOH
Tak sangka sebenarnya hari2 yang dilalui agak menyesakkan dan mendebarkan hati Qaid, mama n ayah. Sejak lahir memang Qaid akan checkup di Hospital Sungai Buloh.. tak tahu la sampai bila. Sebelum ni juga dah 2 kali Qaid pi buat echo kt situ. Mulanya Qaid hanya pergi untuk checkup biasa. Tiba2 doktor yg check Qaid tu pi panggil doctor pakar lain untuk sama2 check dada Qaid. Mcm kelam kabut je sampai 3 org doctor datang jumpa Qaid. Doktor kata ada dengar bunyi. Entah mcmana bunyinye Qaid pun tk tau. Pastu doktor set kan appointmen seterusnya utk buat Echo sekali lagi. Masa tu lah doctor kata ada lubang kt jantung Qaid. Lubang apa?? Qaid pun tak tahu. Tapi Qaid tengok mama n ayah tk senang duduk. Qaid tengok mama sedih nangis sepanjang malam. Qaid nampak ayah termenung dan tak senang sepanjang waktu. Tapi apa yg boleh Qaid buat cuma main, main dan main… sebab tu mama n ayah pelik. Qaid tk tunjuk langsung apa2 simptom yg doctor bgtau. Qaid tau mama n ayah berdoa tak kira waktu supaya apa yg doctor cakap itu tk benar. Qaid pun tau, mama n ayah tk sanggup tengok Qaid sakit. Mama n ayah jgn la sedih…. Qaid kan sihat dan kuat.

Appointment seterusnya, doktor kata dia tk puas hati dgn result echo itu dan set kan appointment utk kali kedua. Kali kedua buat echo, dgn penuh debaran Qaid dengar doctor kata masih ada lubang di sebelah atas jantung Qaid cuma tak besar sgt. Qaid tahu hancur hati mama dan ayah. Qaid pun sama.. Banyak penjelasan yg doctor bagi dan doctor cadangkan supaya Qaid dibawa berjumpa pakar di IJN atau Hosp. Serdang untuk mengetahui keadaan sebenar. Ayah ikut cadangan doctor supaya bawa Qaid ke hosp serdang sbb IJN terlalu ramai dan lambat nak tunggu giliran. Takut lama pulak nak dapat tarikh appointment nanti. Sepanjang menunggu tarikh appointment tu, Qaid tengok mama n ayah tk banyak cakap.. mama kata, mama sesak nafas fikirkan hal Qaid. Mama kata mama rela sakit tu mama yg tanggung tp bukan anak kesayangan mama ni… Syahdunya Qaid rasa.. Ayah pun sama rupanya. Cuma, ayah kan gentleman sbb tu ayah tak tunjuk rasa sedih tu. Qaid cuba sedaya upaya untuk hiburkan hati mama n ayah. Tiap2 hari ada je ragam Qaid supaya mama n ayah gelak ketawa. Tapi tk tau la sebenarnya gelak ke geram.. hehe..
Hospital Serdang
Hari yang ditunggu dah tiba. 25 Julai 2011 Qaid pi checkup di Hospital Serdang. Dua hari sebelum tu, mama terpaksa pi kursus ke Kedah. Qaid Nampak mama sedih sangat masa nak tinggalkan Qaid.. Tapi Qaid tengok balik dr Kedah, banyak gak barang yg mama shopping.. sedih2 pun sempat bershopping mama ni.

Kat hospital Serdang, ramai sangat orang.. bila time Qaid dipanggil masuk, ada sorang lagi patient tengah di scan jantungnya.. Qaid rasa berdebar2 tapi happy sangat sebab ramai pulak doktor2 pelatih yg cun2 melayan Qaid.. terubat sikit rasa takut tu. Qaid tergelak2 sambil usik2 barang kat meja doctor. Mama ngan ayah susah gak nak control suara Qaid yg tengah happy tu.. hihiii

Sampai je turn Qaid, doctor tu boleh pulak cakap, mcmana nak scan Qaid ni?.. agak2 boleh ke? Ataupun kena tunggu Qaid tido… mama dah nampak berangin je bila dengar doctor cakap mcm tu. Ayah je yang cool.. tapi akhirnya doctor dpt  scan jantung Qaid dengan mudah sangat. Qaid ni nampak je lasak tak mau diam tapi sebenarnya mudah diurus..  kan mama!!

Dan resultnya… ALHAMDULILLAH.. mama n ayah tk perlu risau lagi… doctor kata lubang kat jantung Qaid tu dah tak ada… Maknanya dia dah tertutup sendiri… Ya Allah, akhirnya terkabul juga doa mama dan ayah dan semua yang sayangkan Qaid.. nak sujud syukur pun, Qaid belum tau lagi. Ayah dan mama la yang kena buat. Yang pasti Qaid nampak, mama dan ayah gembira sangat..