Monday, March 28, 2011

Koleksi susu....


Ini adalah susu pertama yang Qaid minum selain susu mama ( Qaid tau mama terpaksa campur susu formula). Susu ni yang doktor bagi masa Qaid dalam incubator...Emmm.. sedap. Tapi tak bertahan lama sebab tiba2 perut Qaid rasa tk selesa.. entah kenapa...

Ini adalah koleksi susu yang Qaid pernah cuba... semuanya sedap tapi tk berapa sesuai dengan Qaid.
Puas la ayah n mama cari apa susu yang baik utk hero mereka ni...

Akhirnya inilah susu yang Qaid minum... Lama gak Qaid minum susu ni...Susu ni agak best harganya... lepas setahun, Qaid minta mama tukar susu lain.. Saja Qaid nak cuba2...

Inilah dia yg Qaid cari selama ni....Qaid minum yg plain je... Patut la Qaid suka susu ni.. Rupanya dulu masa Qaid dalam perut, mama pun minum susu ni juga..
 
Ni susu Qaid masa dalam perut mama. Hari2 mama minum. Kalau mama tak lalu nak minum, ayah paksa juga..Ayah kata semuanya utk baby dalam perut mama...Ayah n  mama sungguh prihatin walaupun mereka belum nampak Qaid... Semuanya yang terbaik utk Qaid.
 Selain itu, mama pun makan set salindah ni waktu mengandungkan Qaid. Alhamdulillah mama kata kesannya cukup baik.. Mama takde mabuk2 dan takde alahan langsung, dan kesan yang paling ketara ialah anak mama ni sangat aktif dalam perut sampai terkeluar awal nak tengok dunia.. hihiiiii... Paling  best pulak, anak mama sorang ni memang aktif tak reti diam dan bersuara merdu dan nyaring. Huh letih mama n ayah kan.. tapi Qaid tahu mama n ayah bahagia dengan kehadiran Qaid....

Barang kesukaanku

Hari2 hidup Qaid makin ceria.. ceria sbb tengok mama n ayah happy je memanjang. Qaid pun makin hari makin menunjukkan macam2 aksi. Rasa bangga bila setiap kali Qaid beraksi je mama mesti ketawa. Ayah pun sama.. Paling best  bila Qaid dapat banyak mainan.
  

Ini lah mainan pertama yang mama beli untuk Qaid. Hmmm mcm baby girl punye je mainan ni.. Tk pe la janji dapat gigit2.



Qaid pun makin hari makin cerdik.. hehee.. cerdik nk menggigit dan merasa semua benda. Antara benda yang paling Qaid suka ialah remote astro nih.. Sedap betul Qaid gigit2 bucu sampai meleleh2 liur. Kalau Qaid geram, Qaid baling sekuat hati. Bila mama kutip, Qaid baling lagi.. Bila ayah kutip, Qaid baling lagi… lama2 tamat la riwayat remote tu…. Mama n ayah sabar ye…. 





Hello mama, Hello ayah… 1 hari sebelum mama pi Kursus ke Genting Highland, habis berderai hp mama Qaid campak. Sebelum tu, pantang Qaid nampak hp tu, mesti Qaid gigit2. Tak tahu berapa gelen air dh masuk dlm hp mama. Baterinya pun entah mana Qaid dah sorokkan.Puas dah ayah n mama round kat The Store Sg Buloh nak pi repair tapi malangnya, mmg langsung tk leh nak buat apa dah… terpaksa la mama beli yg baru. Kesian mama.. Adakah mama masih bersabar.. Heheee Qaid tau dah lama mama teringin nak hp baru kan.. jadi nampaknya Qaid dh tolong mama dptkan hp baru dari ayah..hihhhhiiii..

Qaid semakin membesar..

Tiga bulan Qaid rasa bahagia sebab hari2 dapat rasa dekat ngan mama… Sampai la satu hari mama kata terpaksa anta Qaid kat rumah pengasuh.. Mama dapat carikan Qaid pengasuh dekat2 ngan rumah Qaid je. Ingat lagi mama kata, " mama kena kerja sayang. Mama anta pagi, nnti petang mama amik Qaid ".. Qaid sedih sangat.. isk isk.. tapi terpaksa la nak buat mcmana… mama cari duit utk Qaid juga. entah sape la nk main ngan Qaid nanti….
Hari pertama mama bawa Qaid jumpa pengasuh.. Qaid panggil dia mummy.. Cantik je orangnya putih melepak. Muda lagi. Rumahnya pun cantik.. bersih je. Kalah rumah mama. Qaid tengok dalam rumah tu ada lagi 3 orang… Qaid perhatikan sorang2.. Ohh yang agak sebaya mummy tu, Qaid  kena panggil dia Dad. 2 orang lagi tu anak mummy n dad… so, Qaid panggil diorang kak Fatin n abang Hairul.. Inilah keluarga baru Qaid selama mama n ayah pi kerja..
Eh sape lak si kecik jalan kedek2 nih.. asyik manja ngan mummy je.. Qaid hanya mampu memandang je.. maklum la Qaid kan org baru. Kecik lak tu.. oooo itu la rizki.. org yg mummy jaga juga.. Hmmm comel je dia. Nampaknye ada la Qaid kawan bermain.
Mama, Qaid rindu sangat ngan mama. Terasa lama betul nak tunggu petang.. bila mama nak amik Qaid nih.. Qaid rasa dah tak tahan sangat rindu ni.. apalagi, Qaid pun meraung kuat2.. MAMAAAAAAAAAAA!!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa…… biar la satu blok dengar, Qaid tk kisah.. Mamaaaaaaaa!!! Qaid nak mama jugak…
Lepas tu Qaid dengar mummy pi tepon mama… huh lega rasanya. Mesti mummy panggil mama balik. Heheeee… Qaid gelak dalam hati je.. tk lama lepas tu mama pun sampai. tergesa2 mama balik dari opis. Qaid senyum2 je mcm tkde pape…. mama peluk n cium2 Qaid. Mesti mama geram kan..!! Mummy pun mcm tk caya je tengok Qaid. Tadi beria2 sgt nangis... Agaknye lebih seminggu gak la Qaid buat perangai sampai la mama n ayah pi carikan air penawar utk Qaid yg kuat nangis.. Sbnarnye Qaid pun tk tau nape Qaid nangis.. yg Qaid tau, Qaid nak mama…
Kesian mummy… mummy pun dh tk tau nak buat apa ngan Qaid.. Apapun sayang kat mummy sebab mummy sabar je layan Qaid yang halus mulus tapi bersuara nyaring tu… sampai la satu hari tu mummy terpaksa minta tolong jiran, Tanya mcmana nak buat ngan Qaid asyik nangis je.. hihiiiii… jiran mummy kata, mungkin susu yg Qaid minum tu tk sesuai, mgkin perut Qaid tk selesa… Hmmmm…Qaid pun tk ingat la apa rasa perut Qaid masa tu.. Yang pasti selepas kejadian tu, mcm2 susu ayah bagi Qaid try…. Maka dari s26 bertukar la kpd enfalac A+, Isomil, Anmum, Dumex, Dutch lady dan akhirnya NAN pro 1… Emmmmm memang sedap rasanya…..

pandangan romantis.... hihihhiiii
Qaid dah pun 3 bulan masa ni..
Waktu ni la Qaid berjumpa ngan keluarga Mummy Linda
Dad, Kak Fatin n Abang Hairul
yang sangat baik hati..


 mak ai... besarnye botol susu...








Ni kat hosp. Sg. Buloh. Tersenyum riang ria. Waktu ni tgh main cak-cak dgn doktor masa checkup 4 bulan.Comel je doktor tu sbb tu Qaid happy je..

Ni pulak kat Klinik Kanak-Kanak Serena.. Nak chek knp perut Qaid.
sakit ke apa ke.. Nak membuang pun susah. keras je.. Doktor bagi sample susu isomil.. errrrrrrkkk ..tak leh masuk la.

Keletihan... lena diulit mama..