Thursday, January 6, 2011

Wad NICU, Hospital Sungai Buloh

Qaid tahu mama & ayah sedih Qaid dok dalam kaca.. tapi Alhamdulillah Qaid sihat cuma berat badan je yg tak cukup.. 1.4kg tak macam anak org lain yang debab2 tu kan. Tapi Qaid tau mama & ayah happy giler.. 6 tahun mama & ayah tunggu Qaid .. Akhirnya keluarlah hero yang sgt dinanti2kan.

Dan selepas 21 hari dok dalam kaca, baru la mama & ayah dapat peluk Qaid... Huh.. sedapnye dok dalam pelukan ayah.. bestnye mama cium2 Qaid.. Masa tu Qaid nampak ada air kat mata mama.. Qaid nampak mata ayah pun merah je... huhuuuuuuuu... sadisnye saat itu..

Qaid tau pukul 8.00 malam je mama & ayah sampai kat NICU nak jumpa Qaid, Qaid pun apalagi.. nangis la kuat2.... biar mama & ayah dengar suara Qaid yang nyaring.  Doktor & nurse semua kenal Qaid sebab Qaid kuat nangis dan kuat minum susu dan sgt aktif... hhuhuuu. Kiranya Qaid adalah baby yang sgt glemer di wad NICU waktu tu..

No comments:

Post a Comment