Thursday, January 27, 2011

Kenduri Kesyukuran di Benta, Pahang


Alhamdulillah.... bahagianya Qaid bila ayah kata kt kampung pahang pun nak buat kenduri utk Qaid.. Qaid tengok mama n ayah siap2 bungkus coklat utk budak2. walaupun tkde bunga telur, tapi semuanya tetap meriah. Kat pahang, mama yang kena bawa Qaid pusing bulatan sebab semuanya kaum2 mama yang berzanji.. Apapun terima kasih yg tk terhingga buat wan dan aki yang buatkan aqiqah utk Qaid dan juga kpd semua keluarga yang bersusah payah utk Qaid...
Marhaban & berzanji
masa ni Qaid nangis nak susu... huwaaaa
mama kepenatan.. Qaid kepanasan...

mamaaaaaaa... buka seatbelt ni!!!..

Friday, January 21, 2011

Kenduri Kesyukuran di Sg. Tengi





Bunga telor
daun pandan


family Qaid
mama, ayah & qaid

Alhamdulillah setelah 1 minggu kuar dari NICU, atuk dengan murah hati nak buat kenduri kesyukuran utk Qaid... Tapi adakah itu utk Qaid sorang.. heheeee.. sebenarnya combine sekali ngan majlis atuk n nenek.. Fuhh meriah sungguh rasanya. Waktu tu Qaid rasa kepanasan sbb ramai org kerumun Qaid.. jiran2, sepupu2, family ramai sangat.... Rasa mcm Qaid jadi raja lak ari ni.. TQ kepada semua yang bertungkus lumus menyiapkan majlis itu... terharu je rasanya...
Syok kena dodoi..
Ayah & abang ami

Thursday, January 13, 2011

wah....... bestnye jadi baby...

Syoknye sampai je rumah Qaid tengok banyak hadiah.. utk Qaid ke tu heheeee... Apapun, TQ yang teramat sgt kpd keluarga & kawan2 mama & ayah yg bagi banyak hadiah.. Tapi banyak yg mama tertinggal nak ambik gambar.. Maklum la sebok sgt layan Qaid.. tapi Qaid tetap akan upload sikit2.. entah kat mana mama simpan gambar..
Dari Paman & Cik Sabila
Dari Pakcik Yuspi & Uncle Shahrul
Dari Cik Naza, Mak Uda Simpul 
& Aunty Eija

Dari Pak Lang & Cik Sah

Dari Cik Zizan, Cik Ina & Cik Ima

Dari Cik Iera ( Bekas susu & nasi Qaid )

Katil & segala isi dlm tu
dari Pak Uda & Mak Uda Simpul..... 
syok tkde gangguan tido
Baju dari cik Huda
Baju dari Cik Miza.
Huh teruknye mama bedakkan Qaid!!


Kereta Ferrari dari Pak Uda Simpul

Bantal busyukk dari mak uda puchong... pink lagi....
3 helai baju dari kakak Ila  
 mak andak.
 Buaian dari mak ngah Jun







Wednesday, January 12, 2011

Kat rumah Qaid

Masa Qaid balik rumah dah malam.. Esok paginya wan & aki pun sampai. Qaid rasa berdebar2 je... Wan & aki suka tak ngan Qaid???... Wan & aki sayang tak Qaid mcm cucu2 lain... Tapi Qaid yakin, sesape pun akan sayang ngan Qaid.. heheee perasannn... 
Petang tu pulak lagi ramai org datang... family mak uda puchong, family mak long PJ, mak ngah syakirah, pak long syakir...
Esoknye pulak.. atuk ngan paman pun datang... atuk takut2 je nak pegang Qaid.. Paman pun sama sebab Qaid kecik sgt. Semua takut tulang Qaid patah...Tapi Qaid tau walaupun atuk takut nk pegang Qaid tapi atuk sayang Qaid.. Mesti atuk sedih sbb nenek tk sempat nak jumpa Qaid kan.. Qaid pun sedih gak. Entah camana rupa nenek Qaid yg sebenar..
Tengok la.. Dulu Qaid itam je.. mcm kena bakar....

Kat rumah Qaid rasa happy je.
tkde la kena amik darah mcm kat hspital.
Lihat la betapa happynye Qaid tido...

 Masa ni mama selalu dodoikan Qaid :
# Qaid Sayang... budak pandai
budak bijak.. budak pintar..
anak soleh.... jangan nakal..
bla..bla...bla...#

Qaid pun dgr je intro suara mama terus tertido....
zzzzzzzzzzzzz................

Hooorayyy... balik rumah...

Pagi ni doktor mcm biasa dtg melawat Qaid pukul 9. Dia kata berat Qaid dah ok.. 1.78. maknanya Qaid dh boleh balik. Qaid tengok mama senyum je pastu menggelabah. Nape mama nih.. rupanya mama sebok tepon ayah suruh siap kemas2 rumah. maklum la nak menyambut Qaid balik.
pukul 6.30ptg ayah dtg.. Qaid kena pakai baju sendiri. Ini lah baju pertama Qaid... Bdn Qaid halus je. Tk yah pakai seluar pun tkpe.. baju tu dh mcm jubah... hehee
 

 
 



Ni antara baju2 Qaid masa baby dulu... errrrr cute je kannn..


Thursday, January 6, 2011

Dah kuar dari kaca....


Alhamdulillah... akhirnya Qaid dapat kuar dari kaca.. kali ni Qaid dengar mama nak dok sama Qaid kat NICU.. Kesian mama.. masih dlm pantang tapi masih sanggup jaga Qaid kat hspital...


Malam pertama mama temankan Qaid, aduhh tiba2 sakit perut Qaid nak terbuang air besar la... Dengan sepenuh tenaga, Qaid jerit la kuat2 nak bgtau mama yg Qaid dah terberak..Qaid tengok mama kelam kabut.. mama nangis???? ishh mama tak tau nak buat apa2 ke...? Qaid tengok mama pi cari kawan nak uruskan 'benda' dalam pampers Qaid ni..

Kesian mama... Qaid nampak mama nangis teresak2 sambil pujuk Qaid.. Mama tuka pempers Qaid. Eh kenapa Qaid rasa lain mcm je pampers tu... heheee rupanya mama pasang terbalik. Dah sah mama tak tahu uruskan baby. Takpe.. Qaid tak kisah. Mama usaha lagi .. caiyok2!!
Seronok duduk ngan mama kat nicu. Qaid tengok mama ramai kawan.Tiap2 petang ayah pulak datang melawat sampai pukul 10.00 malam. Ayah rindu ngan mama ke rindu ngan Qaid..?? Doktor pun hari2 tanya khabar Qaid.. Nurse hari2 timbang Qaid lepas mandi pagi. Bila Qaid dh dapat berat ideal 1.78kg... huh syoknyeee.. Selamat Tinggal NICU yang penuh memori..

My 1st day.. new born ( Premature/33weeks/sepatutnya 31/1/2010)

Qaid lahir pada 14-12-2009 hari Isnin pada jam 6.45pm. Qaid tendang2 perut mama sampai mama kuar darah. Qaid dengar doktor kata air ketuban mama dah tkde. Dktor kata Qaid dh nak lemas kat dalam perut.. sbb tu Qaid menggeliat2 bagi mama sakit perut. Qaid curi2 dengar dari perut mama, doktor kata nak buat emergency c-zer.. Huh... tak sabar sgt nak kuar dr perut mama nih.. 
Selesai je c-zer, Qaid nangis. Qaid dpt tengok muka mama sekejap je pastu terus dimasukkan dalam kaca nih... mana mamaaa???? nape mama tak cium n peluk Qaid??? nape biar Qaid dok dalam ni sorang2....mamaaaaaaaaaaa!!!!

Tiba2 Qaid dengar suara ayah… ayah azankan Qaid. Qaid dengar sayup2 je sebab ayah baca kat tingkap kaca. Nape suara ayah lain??.. ayah sebak ye…. Ayah nangis ke.. Jgn risau ayah, walaupun bdn Qaid penuh wayar, tapi Qaid sihat. Tengok la pusar kat kepala Qaid nih, ada 2. Confirm Qaid akan jadi hero..

Wad NICU, Hospital Sungai Buloh

Qaid tahu mama & ayah sedih Qaid dok dalam kaca.. tapi Alhamdulillah Qaid sihat cuma berat badan je yg tak cukup.. 1.4kg tak macam anak org lain yang debab2 tu kan. Tapi Qaid tau mama & ayah happy giler.. 6 tahun mama & ayah tunggu Qaid .. Akhirnya keluarlah hero yang sgt dinanti2kan.

Dan selepas 21 hari dok dalam kaca, baru la mama & ayah dapat peluk Qaid... Huh.. sedapnye dok dalam pelukan ayah.. bestnye mama cium2 Qaid.. Masa tu Qaid nampak ada air kat mata mama.. Qaid nampak mata ayah pun merah je... huhuuuuuuuu... sadisnye saat itu..

Qaid tau pukul 8.00 malam je mama & ayah sampai kat NICU nak jumpa Qaid, Qaid pun apalagi.. nangis la kuat2.... biar mama & ayah dengar suara Qaid yang nyaring.  Doktor & nurse semua kenal Qaid sebab Qaid kuat nangis dan kuat minum susu dan sgt aktif... hhuhuuu. Kiranya Qaid adalah baby yang sgt glemer di wad NICU waktu tu..